Thursday 5 May 2016

PT3/ BAB 6: Sumber Bahan Api Semula Jadi

Transcript of Sumber Bahan Api Semula Jadi



Pengenalan
Negara kita memang kaya dengan pelbagai sumber bahan api semula jadi. Bahan api islah sebarang bahan yang dibakar untuk mendapatkan tenaga bagi memanaskan atau menggerakkan objek. Sebagai contoh petroleum, arang batu dan gas asli ialah bahan api fosil. Bahan api fosil ini tidak boleh diperbaharui dan juga membekalkan sebahagian besar tenaga yang kita gunakan setiap hari.
Pembentukan Petroleum & Gas Asli
Petroleum dan gas asli terbentuk daripada bahan organik yang mereput seperti fitoplankton, dan sisa-sisa tinggalan haiwan dan tumbuhan yang hidup berjuta-juta tahun lalu. Lama kelamaan, bahan-bahan organik ini bercampur dengan lumpur dan tertanam di bawah lapisa-lapisan sedimen yang berat. Di bawah tekanan dan haba yang tinggi bahan organik ini berubah menjadi petroleum dan gas asli.
Pembentukan Arang Batu
Arang batu terbentuk daripada sisa-sisa tumbuhan (pokok, paku pakis, lumut) yang hidup berjuta-juta tahun yang lalu di kawasan paya. Lama kelamaan, haba dan tekanan yang tinggi yang bertindak ke atas tumbuhan mati menukarkannya kepada arang batu. Arang batu ialah sebatian organik yang terdiri daripada karbon, hidrogen, oksigen dan unsur-unsur lain seperti nitrogen dan sulfur.
Sifat dan Kegunaan Pecahan Penyulingan
Penyulingan berperingkat mengasingkan minyak mentah kepada hidrokarbon-hidrokarbon yang berfuna mengikut takat didih masing-masing. Setiap bahagian pengasingan disebut pecahan. Lebih tinggi takat didih pecaha petroleum lebih gelap warna, likat pecahan, susah untuk dibakar dan banyak jelaga dihasilkan apabila terbakar. Kegunaan petroleum mengikut pecahan seperti dalam Rajah 1.2
Sumbangan Kepada Ekonomi Negara
Petroleum dan gas asli telah menyumbang kepada pembangunan negara. Sebagai contoh, menjadi sumber pendapatan Negara. Negara kita antara Negara pengeksport petroleum dan gas asli utama dunia. Pada tahun 2000, petroleum menyumbang kira-kira RM14.2 billion dan gas asli menyumbang sebanyak RM11.3 billion yang dapat membiayai projek pembangunan Negara seperti pembinaan Menara Berkembar KLCC.
Banyak peluang pekerjaan disediakan sebagai contoh ialah ahli geologi petroleum, jurutera dan juruteknik. Sekali gus telah mengurangkan kadar pengangguran penduduk dan meningkatkan taraf hidup penduduk. Pada tahun 2000, peluang pekerjaan sebanyak 39 900 telah disediakan dalam sektor perlombongan petroleum.
Langkah Peggunaan Bahan Api Secara Cekap
Sekarang kita dapat lihat bahawa peratusan petroleum dan arang batu yang tinggal semakin berkurangan. Jadi sehubungan dengan itu kita mestilah mengambil tindakan supaya cekap dalam menggunakan bahan api semula jadi ini memandangkan ia tidak boleh diperbaharui. Antara langkah yg boleh diambil ialah dengan berkongsi kereta ke tempat yang sama untuk dituju, menggunakan kenderaan awam, menggunakan kenderaan yang menggunakan kuasa solar dan mengurangkan penggunaan peralatan yang menggunakan bahan api semula jadi.
Kesimpulan
Tansilnya, bahan api ini dapat dikurangkan penggunaannya demi kebaikan Negara pada masa hadapan. Kerana jika suatu hari nanti bila bahan api ini habis, kita sudah tiada lagi sumber utama Negara kita. Jadi, dengan kerjasama semua pihak penggunaan bahan api dapat dikurangkan .
Arrived
Sumber Bahan Api Semula Jadi
Muhammad Ariff  3A6
Sekolah Menengah Darul Ehsan

No comments:

Post a Comment